Medical Card – MediCover


Ringkasan faedah
- Faedah komprehensif yang meliputi pembayaran balik untuk rawatan pra dan susulan hospital, rawatan rumah dan yuran ambulans.
- Urusan masuk dan keluar hospital yang mudah dengan Kad Kesihatan anda.
- Faedah pesakit luar untuk rawatan kecemasan kemalangan, kanser dan juga dialisis buah pinggang.
- Pilihan-pilihan untuk ditambahkan kepada rangkaian faedah perlindungan perubatan dan kesihatan anda
- Faedah tunai hospital hingga RM200 sehari.
- Bayaran sekaligus hingga RM10,000 untuk kanser atau kegagalan ginjal
- Bayaran sekaligus hingga RM16,000 untuk penyakit wanita dan risiko bersalin.
- Rawatan Sebelum Masuk Dan Selepas Keluar Hospital
- Penjagaan Jururawat Di Rumah
- Pembedahan Balik Hari
- Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
- Talian Pusat Panggilan 24 jam di 1-800-88-1311
- Dan banyak lagi...
Allianz juga mempunyai akses kpd 95 hospital panel swasta ekslusif di seluruh Malaysia.
Had seumur hidup yang tinggi bermula RM500,000 hingga RM 1,500,000 (Selepas 14 Feb 2011, had bermula RM650,000 sehingga RM2,000,000!)
Tiada Ko Insurans * (100% Allianz tanggung - Tiada MEDICAL TIMEBOMB)
*ko-insurans 20% hanya dikenakan sekiranya anda menginap melebihi had harian Bilik yang anda layak (cth: anda layak utk bilik single, tetapi anda sengaja memilih utk menginap di bilik suite) maksimum ko-insurans RM1,000 akan dikenakan. – (saya nasihatkan, patuhi had kelayakan bilik utk mengelakkan terkena ko-insurans. Jika berminat utk bilik yg lebih hebat, semasa permohonan pertama, terus memohon pelan utk bilik yg hebat)
Pembaharuan polisi Terjamin (Guaranteed Renewal) sehingga umur 80 Tahun!
HealthCover & HealthCover Plus

HealthCover & HealthCover Plus ialah dua pelan pilihan yang menawarkan:
- Perlindungan tambahan terhadap sebarang kesulitan kewangan akibat penghidapan penyakit kritikal
- Perlindungan komprehensif untuk penyakit-penyakit kritikal
- Pembayaran sekaligus yang boleh mencegah wang simpanan keluarga anda daripada kehabisan
- Pembayaran sekaligus ini dibayar adalah seperti berikut:

Pelepasan Premium – Payor Cover
- Sebaik didiagnosis menghidapi salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, anda tidak perlu membayar premium SEUMUR HIDUP! Polisi anda akan menjadi PERCUMA! Allianz Life Malaysia akan mengambil alih dan membina simpanan anda dgn membayar satu jumlah yang selaras dengan premium polisi Powerlink anda
- Bayaran premium akan digunakan untuk pembelian unit-unit akaun berkaitan pelaburan bagi polisi anda
- Pendapatan tambahan ini amat berguna sebagai perlindungan tambahan akibat penyakit kritikal
- PayorCover memberi anda dan yang tersayang perlindungan penyakit-penyakit kritikal yang komprehensif serta insurans dan kewangan yang berterusan
Personal Accident Cover (PA Cover)
Kemalangan berlaku setiap hari tanpa dijangka dan mungkin akan mengakibatkan kecederaan parah kepada anda dan yang tersayang. Kesan kemalangan bukan sahaja kepada kesihatan diri malah kesihatan kewangan anda sekarang dan dimasa hadapan. Minimakan kemungkinan risiko itu dengan pelan-pelan tambahan kemalangan Allianz Life yang menawarkan perlindungan semua-dalam-satu untuk kematian akibat kemalangan, hilang upaya, perbelanjaan perubatan dan faedah pendapatan mingguan.
PELAN TAMBAHAN ASAS
PA Cover
- Pampasan sehingga 100% daripada nilai yang diinsuranskan untuk PACover sekiranya berlaku Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh (TPD) atau Hilang Upaya Separa & Kekal (PPD) akibat kemalangan
- Pembayaran sekaligus 100% sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan
- Perlindungan 24 jam seluruh dunia
- Pembayaran faedah perlindungan dua kali ganda untuk kecederaan yang dialami sewaktu dalam perjalanansebagai penumpang dalam sebarang kenderaan mekanikal, bukan udara dan memberi perkhidmatan tetap di jalan pengangkutan awam; sebagai penumpang dalam lif penumpang; lif dalam lombong dikecualikan; atau akibat kebakaran di mana-mana teater, hotel, atau bangunan awam yang orang yang diinsuranskan berada ketika bermulanya kebakaran
PELAN-PELAN TAMBAHAN PILIHAN
Pampasan Mingguan (MC)
- Penambahan pendapatan mingguan sekiranya orang diinsuranskan tidak dapat bekerja secara berturutan untuk sekurang-kurangnya satu minggu kerana hilang upaya sementara akibat kemalangan
- Untuk Hilang Upaya Menyeluruh Sementara, 100% daripada faedah pendapatan mingguan* yang dipilih oleh orang diinsuranskan akan dibayar
- Untuk Hilang Upaya Separa Sementara, jumlah mingguan yang dibayar**adalah 50% daripada faedah yang akan dibayar untuk Hilang Upaya Menyeluruh Sementara
* Tertaluk kepada maksimum RM3,500 setiap hayat dan keputusan pengunderaitan (underwriting)
**Tempoh pembayaran maksimum untuk gabungan kedua-dua Hilang Upaya Menyeluruh Sementara dan Hilang Upaya Separa Sementara adalah 104 minggu untuk setiap kemalangan
**Tempoh pembayaran maksimum untuk gabungan kedua-dua Hilang Upaya Menyeluruh Sementara dan Hilang Upaya Separa Sementara adalah 104 minggu untuk setiap kemalangan
Pembayaran Balik Perubatan (Reimbursement)
- Pembayaran balik sehingga RM1,500 untuk perbelanjaan perubatan yang sebenar sekiranya kecederaan disebabkan oleh kemalangan
- Pembayaran faedah dua kali ganda (tertaluk kepada had perbelanjaan perubatan yang sebenar) untuk kecederaan yang di alami sewaktu dalam perjalanan dalam sebarang kenderaan mekanikal, bukan udara dan memberi perkhidmatan tetap di jalan pengangkutan awam; sebagai penumpang dalam lif penumpang; lif dalam lombong dikecualikan; atau akibat kebakaran di mana-mana teater, hotel, atau bangunan awam yang orang yang diinsuranskan berada ketika bermulanya kebakaran
No comments:
Post a Comment