Medical bankruptcy adalah risiko utk jatuh bankrap disebabkan oleh faktor kos perubatan yang semakin meningkat naik setiap tahun. Berapa ramai yang mempunyai simpanan ratusan ribu sebagai persediaan utk menampung kos perubatan segera? Berapa ramai yg boleh meramal akan menghidap penyakit2 kronik? Jawapannya, TIADA.
Justeru, bila malang yg tidak berbau ini berlaku, untuk menampung kos2 tersebut, ramai yg sanggup/terpaksa berhutang sehingga kering duit simpanan, guna kad kredit sampai cecah had maksima, ah long, pinjaman bank, saudara mara…sehinggalah sampai suatu tahap anda tidak mampu utk membayarnya, lalu jatuh bankrap….
Tahukan anda para penganalisa meramalkan kos perubatan akan naik sebanyak 10% setiap tahun (sumber: Sunday Star, 5 Julai 2009)? Kenaikan 10% adalah lebih dari 2 kali ganda kadar kenaikan inflasi semasa! Banyak tu…
Kenapa naik sebanyak 10%?
Kenaikan ini adalah disebabkan oleh kos R&D untuk menghasilkan ubat2 terbaik, kaedah2 rawatan terbaru, teknologi rawatan yg efektif utk menentang/menyembuhkan penyakit2. Semakin tinggi teknologi dan masa yg dihabiskan dlm R&D tersebut, maka semakin besarlah kadar kenaikan kos perubatan…
APAKAH FAKTOR UTAMA YANG BOLEH MENJERUMUSKAN ANDA KEPADA MEDICAL BANKCRUPTCY?
Faktor2 utama ialah elemen “separa sedar “ yang dikenali sebagai MEDICAL TIMEBOMB.
APA ITU MEDICAL TIMEBOMB? ADAKAH ANDA TERDEDAH KEPADA MEDICAL TIMEBOMB?
Jawab soalan2 ringkas dibawah utk mengetahui kedudukan sebenar anda:
- Adakah anda bergantung semata2 kepada perlindungan insurans yang diberikan oleh syarikat majikan, dan tidak memiliki Insurans Hayat (Life Insurance) persendirian? (Ya/Tidak )
- Adakah anda mempunyai Insurans Hayat (Life Insurance) persendirian? (Ya/Tidak)
- Adakah insurans anda mempunyai KAD PERUBATAN (Medical Card)? (Ya/Tidak)
- Adakah KAD PERUBATAN anda mensyaratkan pembayaran caj ko-insurans (co-insurance) untuk menikmati perlindungan perubatan? (Ya/Tidak)
JIKA JAWAPAN ANDA:
- YA – anda sangat2 terdedah kpd MEDICAL TIMEBOMB!
- TIDAK – anda sangat2 terdedah kpd MEDICAL TIMEBOMB!
- TIDAK – anda sangat2 terdedah kpd MEDICAL TIMEBOMB!
- YA – anda sangat2 terdedah kpd MEDICAL TIMEBOMB!
*No. 1-4 adalah elemen2 “separa sedar” MEDICAL TIMEBOMB yang jika tidak dihalusi dan diatasi, akan menjerumuskan anda kepada MEDICAL BANKRUPTCY*
KENAPA DAN BAGAIMANA ANDA BOLEH TERDEDAH KPD MEDICAL TIMEBOMB?
1. HANYA BERGANTUNG KPD PERLINDUNGAN INSURAN DARIPADA SYARIKAT MAJIKAN:
Insurans drp syarikat majikan adalah faedah2 asas yang kebanyakan pekerja terima kerana berkhidmat disyarikat tersebut. Tetapi, tahukah anda, perlindungan insurans drp syarikat majikan mempunyai HAD sehingga beberapa ribu RM sahaja?
Jika tak percaya, tanya HR dept anda, berapa had maksima utk rawatan pesakit dalam dan yang paling PENTING PESAKIT LUAR? Apa2 jumlah kos perubatan yg melebihi had tersebut, ANDA lah yg bertanggungjawab untuk membayarnya! Lebih2 lagi, sekiranya anda disahkan menghidap penyakit2 kronik seperti kanser, buah pinggang (semua ini dibwh rawatan pesakit luar), yang mana kos rawatan boleh mencecah puluhan ribu hingga ke ratusan ribu ringgit setahun, adakah anda bersedia utk membayar lebihan duit tersebut untuk mendapatkan rawatan segera?
Ini realiti sekarang:
bagi rawatan pesakit luar – KANSER ATAU BUAH PINGGANG, rata2 syarikat memperuntukkan paling tinggi sehingga RM50,000 setahun. Mengikut kadar semasa hospital swasta seluruh Malaysia, sesi kemoterapi (Utk Kanser) - satu suntikan kemoterapi berharga RM10,000. Rawatan lengkap dan intensif mengambil masa paling kurang setahun – 3 tahun:
RM10,000 x 12 rawatan utk setahun = RM120,000. Jika belum sembuh,
RM10,000 x 12 kali setahun x 3 tahun = RM360,000.
Jika had syarikat ialah RM50,000 sahaja, selebihnya ANDA tanggung (>RM70,000-RM310,000)!
Agak2 anda, sekiranya anda telah disahkan menghidap penyakit Kanser atau buah pinggang, dan anda tidak dapat bekerja kerana perlukan rawatan berbulan/bertahun, adakan majikan masih lagi ingin “menyimpan“ anda sebagai pekerja? Rata2 syarikat akan “menjaga“ anda sehingga 3 bulan sahaja; bayar gaji anda walaupun anda tidak datang bekerja dipejabat...selepas 3 bulan, jangan terkejut kalau anda mendapat “surat cinta“ berhenti kerja..(Moralnya disini, sehebat mana anda dlm syarikat, apabila anda jatuh sakit kronik, kesetiaan anda tiada nilainya lagi dan agak2 akan berbalaskah?)
Seperkara lagi, sekiranya anda telah disahkan menghidap penyakit kanser/buah pinggang, TIADA syarikat insurans yang akan bermurah hati utk melindungi anda lagi..Kenapa? Ini kerana anda akan membawa beban kos2 perubatan yang mahal tersebut bersama2 kepada syarikat insurans. Ibarat nak beli kereta terpakai, pembeli nak beli yang masih elok dan mantapkah ATAU beli kereta yg sudah berlubang2 (Moralnya disini, mohonlah insurans hayat persendirian sementara anda masih lagi sihat!)
Jika anda berada dlm situasi no. 1 ini, risiko utk bankrap disebabkan kos perubatan adalah tinggi!
2. TIDAK MEMPUNYAI INSURANS HAYAT PERSENDIRIAN
Anda tidak dilindungi oleh insurans syarikat majikan dan tidak pula memiliki insurans hayat persendirian. Ini adalah resepi utama kepada MEDICAL BANKRUPTCY. Kenapa? Kita ambil semula contoh diatas, jika anda langsung tiada perlindungan insurans, anda terpaksalah bayar 100% bil hospital anda! Berapa ramai antara kita yg mempunyai RM dlm bank sebanyak RM120,000 – RM360,000? Jika anda diberi peluang, duit siapa yg ingin anda gunakan utk membayar kos2 perubatan mahal anda? Duit sendiri atau duit org lain? Orang yang bijak, jika diberi peluang, tentunya akan memilih utk membayar dgn duit org lain!
Lihat ilustrasi mudah ini:
A. Simpanan tetap bulanan dlm bank = RM200.
Masa yg diperlukan utk mengumpul RM360,000 = 150 tahun!
B. Simpanan tetap bulanan melalui insurans = RM200
Masa yg diperlukan utk mengumpul RM360,000 = Serta-merta sebaik sahaja polisi diluluskan oleh syarikat insurans!
Jika anda disahkan mendapat penyakit2 kronik selepas 6 bulan menyimpan, agak2 pilihan mana yang akan berikan anda tunai paling cepat utk rawatan segera? A atau B? Orang2 yg bijak akan memilih B (bayar dgn duit org lain), anda bagaimana?
Jika anda berada dlm situasi no. 2(A), risiko utk bankrap disebabkan kos perubatan adalah tinggi!
3. ADA INSURANS TETAPI TIADA KAD PERUBATAN
Ini juga resepi pembuka selera MEDICAL BANKRUPTCY. Ramai juga yang ada kesedaran tentang peri pentingnya insurans, TETAPI, tidak mahu ambil tahu jenis insurans apa yang diambil dan kepentingannya? Orang2 sebegini apabila sudah terkena bahana kos perubatan, barulah sibuk2 bertanya “kenapa pula insurans xx tak mahu bayar?”. Rupa2nya, org ini mengambil insurans kemalangan sahaja! Ataupun lagi haru, ambil insurans kereta! Salah siapa disini? Salah ejen insurans atau diri sendiri yang terlalu “pandai” sehingga malas bertanya? Akhirnya, kepandaian itu jugalah yang menjerat diri! Sama seperti contoh no.2, disebabkan tiada kad perubatan, anda terpaksa membayar 100% kos2 perubatan anda!
Jika anda berada dlm situasi no. 3 ini, risiko utk bankrap disebabkan kos perubatan juga adalah tinggi!
ADA KAD PERUBATAN TETAPI KENA BAYAR KO-INSURANCE (CO-INSURANCE)
Ramai yang ada kesedaran mengenai kad perubatan, tetapi ramai yg tidak tahu apa syarat2 yang dikenakan untuk mendapat perlindungan yang dijanjikan. Kenapa? Sebabnya,
i. berapa ramai orang yang bila dapat polisi insurans, akan baca satu persatu syarat2 polisi dan memahami apa yang tersurat dan tersirat? (dahulu, saya sendiri tak buat)
ii. berapa ramai yg apabila ejen insurans beri penerangan2 manis, terus percaya tanpa usul periksa apa yang dijanjikan, langsung tidak meneliti sama ada penerangan itu fakta atau sekadar kata2 (saya sendiri pernah tertipu sebelum menyertai bidang ini, lalu saya mengambil keputusan utk belajar dan seterusnya berkongsi maklumat2 melalui blog ini, kerana sudah sampai masanya saya keluar membantu para pengguna untuk mengetahui hak2 mereka)
Apa itu ko-insurans?
Ko-insurans adalah bayaran yang pemegang polisi insurans wajib bayar berdasarkan jumlah bil perubatan. Biasanya disebut dlm bentuk %. Contohnya, 10%. Jadi, 10% anda bayar sendiri, 90% lagi syarikat insurans tanggung drp jumlah bil perubatan. Macam mana nak tahu? Sila rujuk polisi insurans anda, ia dicatat dibahagian rumusan caj pesakit dalam dan luar. (Hubungi saya jika tidak jumpa perenggan tersebut, di talian 012 291 8003, emel: hafezkmys@hotmail, atau chat di skype: hafez.ahmad.hamidi / gtalk: hafezkmys)
Kenapa ia bahaya?
Tahukah anda caj 10% ini adalah bagi SETIAP LAWATAN perubatan, bukannya sekali seumur hidup? Ada juga sesetengah polisi yang mensyaratkan walaupun wajib bayar 10% ko-insurans, tetapi ada had maksima utk bayaran ko-insurans tersebut, cthnya had maksimum 10% ko-insurans ialah RM2,000. Maksudnya disini, jika 10% drp jumlah bil perubatan anda lebih daripada RM2,000 (katakanlah jumlah bil RM50,000, maka 10% = RM5,000), pemegang polisi hanya perlu bayar RM2,000 sahaja.
Nampak mudah dan sikit, tetapi, jangan tertipu...RM2,000 ini bukannya sekali seumur hidup, tetapi bagi setiap lawatan perubatan! Kalau anda melawat 10 kali, tekan kalkulator sekarang untuk mengetahui jumlahnya (RM20,000!!) =( Ramai insurans ejen yang tidak menerangkan perkara ini dgn lebih lanjut, kerana, jika terbongkar, tiada siapa yang akan berminat utk mengambil polisi tersebut. Ada pula yang lagi kurang etikanya langsung mengatakan 10% ini Bank Negara yang tetapkan, padahal TIDAK SAMA SEKALI!
Nampak mudah dan sikit, tetapi, jangan tertipu...RM2,000 ini bukannya sekali seumur hidup, tetapi bagi setiap lawatan perubatan! Kalau anda melawat 10 kali, tekan kalkulator sekarang untuk mengetahui jumlahnya (RM20,000!!) =( Ramai insurans ejen yang tidak menerangkan perkara ini dgn lebih lanjut, kerana, jika terbongkar, tiada siapa yang akan berminat utk mengambil polisi tersebut. Ada pula yang lagi kurang etikanya langsung mengatakan 10% ini Bank Negara yang tetapkan, padahal TIDAK SAMA SEKALI!
Lihat ilustrasi mudah ini:
Bagi rawatan pesakit luar – KANSER.
Mengikut kadar semasa hospital swasta seluruh Malaysia, sesi kemoterapi (Utk Kanser) - satu suntikan kemoterapi berharga RM10,000. Rawatan lengkap dan intensif mengambil masa paling kurang setahun – 3 tahun:
RM10,000 x 12 rawatan utk setahun = RM120,000. Jika belum sembuh,
RM10,000 x 12 kali setahun x 3 tahun = RM360,000.
Disebabkan ada 10% ko-insurans, anda mesti bayar 10% daripada kos perubatan tersebut, jika tidak, tak bolehlah keluar hospital..Jadi anda wajib bayar:
RM10,000 x 12 rawatan utk setahun x 10% = RM12,000 anda bayar sendiri. Jika belum sembuh,
RM10,000 x 12 kali setahun x 3 tahun x 10% = RM36,000 anda bayar sendiri.
Anda ada jumlah sebanyak itu? Jika ada, sebagai pengguna yang bijak, bijakkah kita, selepas membayar premium bulanan insurans yg mungkin mahal bg sesetengah org, apabila pergi untuk mendapatkan rawatan segera, kita wajib bayar lagi dgn duit sendiri? Walaupun RM1,000 atau RM2,000 had maksima yang dikenakan, tetap duit juga...Apa akan jadi jika kita tiada wang sebanyak itu semasa rawatan? Tentunya, ramai akan gunakan duit simpanan, kad kredit, pinjam duit ah long dsb...adakah tujuan kita menyimpan dengan susah payahnya adalah utk membayar kos perubatan semata-mata? beri hadiah kepada doktor? atau utk masa depan diri dan anak2? Renung2kan...
Jika anda berada dlm situasi no. 4 ini, risiko utk bankrap disebabkan kos perubatan juga adalah tinggi!
Justeru, apakah jalan penyelesaiannya? Ada insurans yang ada kad perubatan 100% kah? Jika ada, mahukah anda berbuat sesuatu dan ambil tindakan SEKARANG?
Masalah2 diatas boleh diselesaikan dgn memohon utk membuka akaun ALLIANZ POWERLINK! Secara ringkasnya, Allianz Powerlink adalah insurans hayat komprehensif yang menggabungkan 3-dalam-1 (satu pelan yang menggabungkan semua keperluan anda yang merangkumi (Pelaburan + Simpanan + Medical Card (100% perlindungan, TIADA ko-insurans!)). Ia adalah insurans hayat yang mematuhi PRINSIP SHARIAH ISLAM (diaudit oleh Bank Negara Malaysia). Premium Allianz adalah yang terendah (serendah RM100), untuk menikmati had tahunan (sehingga RM200,000 setahun) dan sepanjang hayat yang tertinggi (sehingga RM2 JUTA), dan kad perubatan (100%, tiada ko-insurans!).
Sila lihat penerangan lanjut berkenaan Allianz Powerlink, atau hubungi saya sama ada di talian 012 291 8003, emel: hafezkmys@hotmail, atau chat di skype: hafez.ahmad.hamidi / gtalk: hafezkmys untuk nasihat rundingan percuma. Saya hanya perlukan maklumat2 dibawah utk tentukan kadar premium dan manfaat perlindungan:
i. Nama penuh anda seperti di dalam IC
ii. Tarikh lahir
iii. Perokok?
iv. No. Telefon
v. Alamat emel anda
vi. Lokasi
vii. Bajet
viii. Pekerjaan
Harap info diatas bermanfaat dan dapat membantu anda keluar daripada risiko MEDICAL BANKRUPTCY. Ingat, keputusan yang bakal anda ambil sekarang boleh menyelamatkan masa hadapan anda dan anak2/keluarga daripada belenggu hutang dan kesempitan hidup. Jangan biarkan anak2/keluarga menderita akibat keengganan anda untuk mengambil tindakan seperti yang saya sarankan diatas. Tiada paksaan daripada pihak saya, anda tentukan apa yang terbaik utk diri dan anak2/keluarga anda. Ambillah tindakan sementara anda dan anak2/keluarga masih lagi sihat.
Sila sebarkan info ini kepada ahli keluarga, rakan2, saudara mara, sahabat handai, jiran2, atau sesiapa sahaja yang anda prihatin. Jika anda sudi, saya sedia membantu anda keluar daripada kemelut ini...
Wow!! Penerangan secara mendalam untuk kami mengenali hak sebagai pemegang polisi!!
ReplyDeleteSyabas kerana memberi kesedaran mengenai 'Medical Time Bomb' kepada semua rakyat malaysia!! =)