Sunday, December 26, 2010

Kebankrapan

Bankrap atau muflis bermaksud individu yang secara rasmi mengaku bahawa beliau tidak mampu untuk membayar segala hutang yang ditanggunginya. Di Malaysia jumlah minimum hutang tertangguh untuk seseorang individu itu boleh diisytiharkan sebagai muflis adalah RM30,000.

Undang-undang kebankrapan di Malaysia adalah termaktub di bawah Akta Bankrap, 1967(Bahasa Inggeris sahaja).

e-Insolvency merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. Projek e-Insolvency ini bertujuan untuk membantu individu-individu menyemak status kebankrapan dan status penggulungan syarikat mereka menerusi Internet melalui portal e-Insolvency.

Untuk melakukan carian, individu-individu digalakkan mendaftar dengan pihak pelaksanaan yang telah dilantik Kerajaan seperti myEG Services Berhad, e-services atau rilek.