Sunday, December 12, 2010

Hospital swasta mesti telus perjelas caj rawatan


CAJ rawatan hospital swasta yang tinggi bukan isu baru diketengahkan media, malah sebelum ini banyak rungutan dan aduan membabitkan caj tidak munasabah dipaparkan. Ketua Pengarah Kesihatan yang juga Presiden Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam jawapannya kepada wartawan Edisi Mingguan, FAIZA ZAINUDIN menjelaskan mengapa keadaan itu terjadi.

ADAKAH benar dakwaan orang ramai mengenai caj rawatan dan ubat hospital swasta mahal, tidak munasabah dan melampau walaupun perkhidmatan tidak jauh berbeza dengan hospital kerajaan?

Caj rawatan dan ubat di hospital swasta berbeza daripada caj hospital kerajaan antaranya kerana ketiadaan subsidi. Caj rawatan dan ubat hospital swasta juga boleh berbeza mengikut kemudahan disediakan, lokasi dan kepakaran. Secara amnya, bayaran profesional dikenakan doktor dikawal oleh Jadual Ke-13 kepada Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Lain) 2006. Caj lain hospital swasta ialah bayaran penginapan, sewa peralatan dan kemudahan seperti bilik bedah dan alat guna pakai atau pakai buang termasuk ubat yang belum dikawal buat masa ini. Antara Januari hingga Oktober lalu, Kementerian Kesihatan menerima 28 aduan mengenai caj melampau dikenakan pihak swasta dan semakan atau hasil siasatan ke atas semua aduan mendapati 16 atau 57.1 peratus daripadanya berasas. Kementerian juga mendapati 59.6 peratus aduan secara keseluruhannya membabitkan dakwaan caj melampau. 

Ada juga mendakwa hospital swasta memberi ubat atau produk kesihatan tambahan yang tidak perlu kepada pesakit dan menggunakan status pakar untuk menaikkan caj sedangkan yang merawat itu ialah doktor sambilan dari hospital kerajaan.

Hospital swasta tidak berhak mengarah doktor yang merawat, memberi ubat atau produk kesihatan tambahan kepada pesakit. Preskripsi atau pemberian ubat adalah mengikut pertimbangan doktor bagi kepentingan pesakit dan berdasarkan etika profesional kedoktoran. Pemberian ubat tambahan yang tidak berkenaan atau polifarmasi adalah tidak perlu, malah boleh memudaratkan pesakit. Bayaran profesional dikenakan doktor yang merawat sama ada bertugas sepenuh masa di hospital swasta atau doktor sambilan mahupun lokum dari hospital kerajaan, hendaklah tidak melebihi apa yang diperuntukkan di bawah Jadual Ke-13 kepada Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Lain) 2006.

Apakah nisbah pesakit atau mereka yang ingin mendapat rawatan di hospital kerajaan berbanding hospital swasta.
Kementerian tiada data bilangan atau nisbah pesakit yang ingin mendapat rawatan di hospital kerajaan berbanding hospital swasta. Bagaimanapun, pada 2009, kemasukan ke 130 hospital kerajaan (33,083 katil) adalah 2,130,784 atau 2.6 kali lebih banyak berbanding 828,399 kemasukan ke 209 hospital swasta (12,216 katil dan respons 97.1 peratus).

Apakah faktor menyebabkan kos rawatan di hospital swasta tinggi.
Antara faktor yang boleh menyebabkan kos rawatan di hospital swasta lebih mahal ialah kos operasi dan penyelenggaraan yang tinggi; kemudahan canggih dan terkini bertaraf lima bintang ke atas; bayaran tatacara perubatan atau pembedahan dipecahkan dan dikenakan bayaran berbeza; caj berganda; bil terperinci di mana setiap item digunakan, sewa peralatan dan kemudahan lain dikenakan caj berasingan; bayaran perkhidmatan seperti jururawat serta bayaran alat guna pakai atau pakai buang dan ubat yang lebih mahal atau berganda daripada harga pasaran.

Apakah usaha kerajaan dalam meneliti atau memantau keadaan ini bagi mengawal caj perubatan yang dikenakan hospital swasta.
Dalam mengawal kadar caj perubatan hospital swasta, kerajaan mengambil inisiatif berikut;
·  Memastikan hospital swasta mempamerkan pernyataan dasar mengenai tatacara bil perubatan dan hak pesakit untuk mendapat maklumat rawatan dan jagaan perubatan pesakit di bahagian yang mudah dilihat. Ini termasuk hak pesakit untuk mendapat maklumat mengenai caj dianggarkan bagi perkhidmatan yang lazim dikenakan dan juga caj yang tidak dijangka apabila diminta oleh pesakit sebelum jagaan atau rawatan dimulakan;
·  Memastikan hospital melaksana tatacara ketidakpuasan hati dengan memastikan semua ketidakpuasan hati termasuk aduan mengenai caj hospital yang melampau dikendalikan dengan baik;
·  Menugaskan satu unit mengendali ketidakpuasan hati daripada semua pihak mengenai kemudahan dan perkhidmatan termasuk aduan mengenai caj melampau;
·  Mengadakan perbincangan awal untuk mengawal beberapa bayaran dikenakan hospital swasta selain bayaran profesional; dan
·  Menggalakkan hospital swasta memberi sumbangan sosial dan kebajikan termasuk menyediakan dana khas untuk pesakit atau memberikan diskaun bagi bayaran keseluruhan yang dikenakan ke atas pesakit. 

Bagaimana perkembangan perbincangan menyeluruh dengan semua pemilik hospital swasta negara ini berhubung kos perubatan yang dikatakan terlalu tinggi.
Beberapa perbincangan dengan Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) yang mewakili sebahagian besar hospital swasta yang dilesenkan dijalankan sejak awal pelantikan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai Menteri Kesihatan. Kali terakhir perbincangan diadakan pada Jun lalu dengan APHM diminta merangka jadual bayaran bagi mengawal beberapa komponen caj hospital selain bayaran profesional. Langkah juga sedang diambil untuk menyemak semula Jadual Ke-13 bagi memastikan bayaran profesional yang boleh dikenakan oleh doktor tidak disalah tafsir atau disalah guna bagi mengelak caj berlebihan.

Apakah usaha pesakit sebagai pengguna dalam usaha mendapat penjagaan kesihatan yang berkualiti.
Selain inisiatif yang diambil pihak kerajaan dalam mengawal caj hospital swasta, setiap pesakit juga mesti mengetahui hak mereka. Pesakit digalak berbincang secara terperinci dengan doktor mengenai jangkaan kos dan prosedur yang akan dijalankan termasuk kos rawatan di unit jagaan intensif (ICU) atau unit jagaan koronari (CCU) jika berlaku komplikasi. Pastikan pesakit, jika pencarum premium, tahu mengenai kelayakan insurans yang ditandatangani seperti had siling liputan insurans serta kriteria insurans. Selain itu, pesakit perlu tahu tahap kemampuan membayar dan perlu bertanya caj dianggarkan bagi perkhidmatan jagaan kesihatan yang akan diberikan.

Sumber: Berita Harian Online

Ramai hutang kad kredit, bank untuk jelas kos perubatan swasta tinggi

KUALA LUMPUR: Penggunaan kad kredit atau pinjaman bank untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan pembayaran balik pinjaman bank dan kad kredit oleh individu.

Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) penggunaan kad kredit tidak terkawal kini bukan lagi menjadi faktor utama bagi masalah kegagalan pembayaran balik pinjaman. 

Sebaliknya, badan yang menguruskan RM4.8 bilion hutang tidak berbayar (NPL) membabitkan 50,361 individu itu mendapati pembiayaan kos rawatan dan perubatan yang tinggi ketika ini mendorong individu untuk berhutang sehingga di luar kemampuan.

Ketua Eksekutifnya, Mohamed Akwal Sultan, berkata kebanyakan individu yang dirujuk kepada Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK menjelaskan, mereka lebih cenderung mendapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan yang dikatakan lebih baik di hospital swasta berbanding di hospital kerajaan walaupun ia membabitkan kos besar.

“Setakat Oktober lalu, 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman langsung bank atau kad kredit yang dirujuk kepada AKPK adalah perbelanjaan perubatan tinggi disebabkan kos sara hidup semakin meningkat.
“Penggunaan kad kredit tidak terkawal tidak lagi menjadi faktor utama kegagalan seperti pada dua atau tiga tahun lalu,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, selain kos perubatan tinggi, punca lain yang dirujuk kepada agensi itu ialah kelemahan pengurusan kewangan (25 peratus), kegagalan perniagaan (13 peratus), kehilangan pekerjaan (12 peratus), manakala dua peratus akibat kegagalan pelaburan.

Penggunaan kad kredit tidak terkawal pula, katanya, hanya mewakili 15 peratus.
Katanya, hampir 70 peratus kes gagal membayar balik pinjaman itu adalah membabitkan penggunaan kad kredit, manakala 30 peratus lagi pinjaman peribadi serta sewa beli.

Daripada RM4.8 bilion NPL yang diuruskan AKPK ketika ini, Mohamed Akwal berkata, RM2 bilion membabitkan pinjaman perumahan diikuti kad kredit (RM1.1 bilion) serta sewa beli sebanyak RM713 juta.
Katanya, jumlah itu membabitkan kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan 135,805 individu yang datang ke AKPK untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling serta khidmat nasihat berhubung pengurusan kredit.

Beliau berkata, tahun ini saja 25,353 individu memohon khidmat nasihat serta bantuan AKPK dan hanya 13,017 dirujuk kepada program PPK, antaranya bagi penstrukturan semula pinjaman.

Bagaimanapun tahun lalu, katanya, 36,848 individu tampil dan 16,184 daripadanya mengikuti program berkenaan.

“Tahun lalu, lebih ramai mendapatkan bantuan daripada AKPK kerana krisis ekonomi yang melanda. Namun, mulai Oktober tahun lalu, keadaan ekonomi mula pulih. Pengurangan individu ini menunjukkan keadaan ekonomi kita semakin baik dan mereka juga ke arah pengurusan kewangan yang baik,” katanya.
Setakat Oktober lalu, sebanyak 423 kes membabitkan pinjaman berjumlah kira-kira RM12 juta berjaya diselesaikan AKPK, berbanding 143 kes dengan jumlah pinjaman RM3.7 juta pada tempoh sama tahun lalu.

“Kami menyelesaikan kira-kira 40 kes sebulan bayaran balik pinjaman kepada bank kerana kebanyakan yang mengikuti PPK sudah mampu menyelesaikan pinjaman lebih awal daripada tempoh maksimum 10 tahun yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan adalah kumpulan paling teruk terjejas dengan masalah kewangan, mewakili kira-kira 40 peratus daripada 50,361 individu yang menyertai PPK.
Katanya, AKPK yang ditubuhkan sejak April 2006 setakat ini menganjurkan lebih 520 taklimat berhubung pengurusan kredit di seluruh negara.

Sumber: Berita Harian Online 

p/s:  Berita diatas sgt berkaitan dgn coretan awal sy berkenaan MEDICAL BANKCRUPTCY...sila baca ya utk maklumat lanjut =)

Hospital Swasta – Hampir pengsan bil hospital RM23,000

KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan swasta dari Kluang, Johor, hampir pengsan apabila melihat bil perubatannya mencecah RM23,000 selepas 12 hari dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Batu Pahat kerana batuk selama dua minggu.

Roslan Husin, 46, mendakwa pakar di hospital swasta itu bagaimanapun gagal mengesan punca penyakitnya sejak dia ditahan di wad hospital itu 4 Febuari tahun lalu, selain mendakwa caj ubat dikenakan berjumlah RM9,852 mahal dan melampau.

Lebih menyedihkan, dia mendakwa kakitangan pusat perubatan swasta itu hanya memberitahu kos perubatannya melebihi jumlah maksimum perlindungan insuransnya iaitu RM15,000 selepas 11 hari ditahan di wad.
“Saya terkejut, marah dan hampir pengsan apabila diberitahu bil perubatan saya melebihi RM15,000 yang ditanggung syarikat insurans. Saya persoalkan kenapa hanya diberitahu selepas ia lebih daripada jumlah itu, kenapa tak beritahu awal,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu.
Roslan berkata, dia pergi ke hospital swasta setelah dinasihatkan oleh doktor klinik panel syarikatnya kerana mereka gagal mengesan punca batuk dialaminya.

“Mereka periksa saya macam biasa, tidak buat apa-apa kecuali membuat imbasan x-ray dan masukkan wayar dalam hidung. Pakar di situ kata saya menghidap asma tetapi saya tak percaya, saya cuma batuk-batuk. Kemudian mereka datang dan beritahu bil perubatan saya mencecah RM23,000 menyebabkan saya terkejut,” katanya.

Dia tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan namun, pihak hospital yang gagal mengesan punca penyakit tetap memintanya tinggal di wad selama dua hari lagi.

“Saya tolak permintaan mereka menyebabkan doktor pusat perubatan pakar itu menulis surat untuk merujuk saya ke Hospital Kluang, tetapi doktor hospital kerajaan beritahu pada saya, kalau pakar pun tidak dapat kesan apa punca penyakit saya, tak guna untuk saya dimasukkan ke hospital kerajaan,” katanya.

Katanya, selepas keluar dari hospital swasta itu dia mencuba kaedah perubatan tradisional dan penyakitnya kini sembuh.

Isnin lalu, Berita Harian melaporkan 26 peratus daripada individu yang gagal membayar balik pinjaman bank dan kad kredit kerana menanggung beban hutang membiayai kos perubatan tinggi di hospital swasta.

Sumber: Berita Harian Online


p/s: Apakah persediaan anda utk hadapi semua ini?

Friday, December 10, 2010

MEDICAL BANKRUPTCY?


Medical bankruptcy adalah risiko utk jatuh bankrap disebabkan oleh faktor kos perubatan yang semakin meningkat naik setiap tahun. Berapa ramai yang mempunyai simpanan ratusan ribu sebagai persediaan utk menampung kos perubatan segera? Berapa ramai yg boleh meramal akan menghidap penyakit2 kronik? Jawapannya, TIADA. 

Justeru, bila malang yg tidak berbau ini berlaku, untuk menampung kos2 tersebut, ramai yg sanggup/terpaksa berhutang sehingga kering duit simpanan, guna kad kredit sampai cecah had maksima, ah long, pinjaman bank, saudara mara…sehinggalah sampai suatu tahap anda tidak mampu utk membayarnya, lalu jatuh bankrap….

Tahukan anda para penganalisa meramalkan kos perubatan akan naik sebanyak 10% setiap tahun (sumber: Sunday Star, 5 Julai 2009)? Kenaikan 10% adalah lebih dari 2 kali ganda kadar kenaikan inflasi semasa!  Banyak tu…

Kenapa naik sebanyak 10%?
Kenaikan ini adalah disebabkan oleh kos R&D untuk menghasilkan ubat2 terbaik, kaedah2 rawatan terbaru, teknologi rawatan yg  efektif utk menentang/menyembuhkan penyakit2. Semakin tinggi teknologi dan masa yg dihabiskan dlm R&D tersebut, maka semakin besarlah kadar kenaikan kos perubatan…

APAKAH FAKTOR UTAMA YANG BOLEH MENJERUMUSKAN ANDA KEPADA MEDICAL BANKRUPTCY?
Faktor2 utama ialah elemen “separa sedar “ yang dikenali sebagai MEDICAL TIMEBOMB.



APA ITU MEDICAL TIMEBOMB? ADAKAH ANDA TERDEDAH KEPADA MEDICAL TIMEBOMB?
Jawab soalan2 ringkas dibawah utk mengetahui kedudukan sebenar anda:
  1. Adakah anda bergantung semata2 kepada perlindungan insurans yang diberikan oleh syarikat majikan, dan tidak memiliki Insurans Hayat (Life Insurance) persendirian? (Ya/Tidak )
  2. Adakah anda mempunyai Insurans Hayat (Life Insurance) persendirian? (Ya/Tidak)
  3. Adakah insurans anda mempunyai KAD PERUBATAN (Medical Card)? (Ya/Tidak)
  4. Adakah KAD PERUBATAN anda mensyaratkan pembayaran caj ko-insurans (co-insurance) untuk menikmati perlindungan perubatan? (Ya/Tidak)
JIKA JAWAPAN ANDA:
  1. YA            – anda sangat2 terdedah kpd MEDICAL TIMEBOMB!
  2. TIDAK    – anda sangat2 terdedah kpd MEDICAL TIMEBOMB!
  3. TIDAK    – anda sangat2 terdedah kpd MEDICAL TIMEBOMB!
  4. YA           – anda sangat2 terdedah kpd MEDICAL TIMEBOMB!
*No. 1-4 adalah elemen2 “separa sedar” MEDICAL TIMEBOMB yang jika tidak dihalusi dan diatasi, akan menjerumuskan anda kepada MEDICAL BANKRUPTCY*

KENAPA DAN BAGAIMANA ANDA BOLEH TERDEDAH KPD MEDICAL TIMEBOMB?

1. HANYA BERGANTUNG KPD PERLINDUNGAN INSURAN DARIPADA SYARIKAT MAJIKAN:
Insurans drp syarikat majikan adalah faedah2 asas yang kebanyakan pekerja terima kerana berkhidmat disyarikat tersebut. Tetapi, tahukah anda, perlindungan insurans drp syarikat majikan mempunyai HAD sehingga beberapa ribu RM sahaja?

Jika tak percaya, tanya HR dept anda, berapa had maksima utk rawatan pesakit dalam dan yang paling PENTING PESAKIT LUAR? Apa2 jumlah kos perubatan yg melebihi had tersebut, ANDA lah yg bertanggungjawab untuk membayarnya! Lebih2 lagi, sekiranya anda disahkan menghidap penyakit2 kronik seperti kanser, buah pinggang (semua ini dibwh rawatan pesakit luar), yang mana kos rawatan boleh mencecah puluhan ribu hingga ke ratusan ribu ringgit setahun, adakah anda bersedia utk membayar lebihan duit tersebut untuk mendapatkan rawatan segera?

Ini realiti sekarang:

bagi rawatan pesakit luar – KANSER ATAU BUAH PINGGANG, rata2 syarikat memperuntukkan paling tinggi sehingga RM50,000 setahun. Mengikut kadar semasa hospital swasta seluruh Malaysia, sesi kemoterapi (Utk Kanser) - satu suntikan kemoterapi berharga RM10,000. Rawatan lengkap dan intensif mengambil masa paling kurang setahun – 3 tahun:
RM10,000 x 12 rawatan utk setahun = RM120,000. Jika belum sembuh,
RM10,000 x 12 kali setahun x 3 tahun = RM360,000.

Jika had syarikat ialah RM50,000 sahaja, selebihnya ANDA tanggung (>RM70,000-RM310,000)!

Agak2 anda, sekiranya anda telah disahkan menghidap penyakit Kanser atau buah pinggang, dan anda tidak dapat bekerja kerana perlukan rawatan berbulan/bertahun, adakan majikan masih lagi ingin “menyimpan“ anda sebagai pekerja? Rata2 syarikat akan “menjaga“ anda sehingga 3 bulan sahaja; bayar gaji anda walaupun anda tidak datang bekerja dipejabat...selepas 3 bulan, jangan terkejut kalau anda mendapat “surat cinta“ berhenti kerja..(Moralnya disini, sehebat mana anda dlm syarikat, apabila anda jatuh sakit kronik, kesetiaan anda tiada nilainya lagi dan agak2 akan berbalaskah?)

Seperkara lagi, sekiranya anda telah disahkan menghidap penyakit kanser/buah pinggang, TIADA syarikat insurans yang akan bermurah hati utk melindungi anda lagi..Kenapa? Ini kerana anda akan membawa beban kos2 perubatan yang mahal tersebut bersama2 kepada syarikat insurans. Ibarat nak beli kereta terpakai, pembeli nak beli yang masih elok dan mantapkah ATAU beli kereta yg sudah berlubang2 (Moralnya disini, mohonlah insurans hayat persendirian sementara anda masih lagi sihat!)

Jika anda berada dlm situasi no. 1 ini, risiko utk bankrap disebabkan kos perubatan adalah tinggi!

2. TIDAK MEMPUNYAI INSURANS HAYAT PERSENDIRIAN
Anda tidak dilindungi oleh insurans syarikat majikan dan tidak pula memiliki insurans hayat persendirian. Ini adalah resepi utama kepada MEDICAL BANKRUPTCY. Kenapa? Kita ambil semula contoh diatas, jika anda langsung tiada perlindungan insurans, anda terpaksalah bayar 100% bil hospital anda! Berapa ramai antara kita yg mempunyai RM dlm bank sebanyak RM120,000 – RM360,000? Jika anda diberi peluang, duit siapa yg ingin anda gunakan utk membayar kos2 perubatan mahal anda? Duit sendiri atau duit org lain? Orang yang bijak, jika diberi peluang, tentunya akan memilih utk membayar dgn duit org lain!

Lihat ilustrasi mudah ini:
A.  Simpanan tetap bulanan dlm bank = RM200.
                 Masa yg diperlukan utk mengumpul RM360,000 = 150 tahun!

            B.  Simpanan tetap bulanan melalui insurans = RM200
                 Masa yg diperlukan utk mengumpul RM360,000 = Serta-merta sebaik sahaja polisi diluluskan oleh syarikat insurans!

Jika anda disahkan mendapat penyakit2 kronik selepas 6 bulan menyimpan, agak2 pilihan mana yang akan berikan anda tunai paling cepat utk rawatan segera? A atau B? Orang2 yg bijak akan memilih B (bayar dgn duit org lain), anda bagaimana?

Jika anda berada dlm situasi no. 2(A), risiko utk bankrap disebabkan kos perubatan adalah tinggi!

3. ADA INSURANS TETAPI TIADA KAD PERUBATAN
Ini juga resepi pembuka selera MEDICAL BANKRUPTCY. Ramai juga yang ada kesedaran tentang peri pentingnya insurans, TETAPI, tidak mahu ambil tahu jenis insurans apa yang diambil dan kepentingannya? Orang2 sebegini apabila sudah terkena bahana kos perubatan, barulah sibuk2 bertanya “kenapa pula insurans xx tak mahu bayar?”. Rupa2nya, org ini mengambil insurans kemalangan sahaja! Ataupun lagi haru, ambil insurans kereta! Salah siapa disini? Salah ejen insurans atau diri sendiri yang terlalu “pandai” sehingga malas bertanya? Akhirnya, kepandaian itu jugalah yang menjerat diri! Sama seperti contoh no.2, disebabkan tiada kad perubatan, anda terpaksa membayar 100% kos2 perubatan anda!

Jika anda berada dlm situasi no. 3 ini, risiko utk bankrap disebabkan kos perubatan juga adalah tinggi!

ADA KAD PERUBATAN TETAPI KENA BAYAR KO-INSURANCE (CO-INSURANCE)
Ramai yang ada kesedaran mengenai kad perubatan, tetapi ramai yg tidak tahu apa syarat2 yang dikenakan untuk mendapat perlindungan yang dijanjikan. Kenapa? Sebabnya,
i.          berapa ramai orang yang bila dapat polisi insurans, akan baca satu persatu syarat2 polisi dan memahami apa yang tersurat dan tersirat? (dahulu, saya sendiri tak buat)
ii.        berapa ramai yg apabila ejen insurans beri penerangan2 manis, terus percaya tanpa usul periksa apa yang dijanjikan, langsung tidak meneliti sama ada penerangan itu fakta atau sekadar kata2 (saya sendiri pernah tertipu sebelum menyertai bidang ini, lalu saya mengambil keputusan utk belajar dan seterusnya berkongsi maklumat2 melalui blog ini, kerana sudah sampai masanya saya keluar membantu para pengguna untuk mengetahui hak2 mereka)

Apa itu ko-insurans?
Ko-insurans adalah bayaran yang pemegang polisi insurans wajib bayar berdasarkan jumlah bil perubatan. Biasanya disebut dlm bentuk %. Contohnya, 10%. Jadi, 10% anda bayar sendiri, 90% lagi syarikat insurans tanggung drp jumlah bil perubatan. Macam mana nak tahu? Sila rujuk polisi insurans anda, ia dicatat dibahagian rumusan caj pesakit dalam dan luar. (Hubungi saya jika tidak jumpa perenggan tersebut, di talian 012 291 8003, emel: hafezkmys@hotmail, atau chat di skype: hafez.ahmad.hamidi / gtalk: hafezkmys)

Kenapa ia bahaya?
Tahukah anda caj 10% ini adalah bagi SETIAP LAWATAN perubatan, bukannya sekali seumur hidup? Ada juga sesetengah polisi yang mensyaratkan walaupun wajib bayar 10% ko-insurans, tetapi ada had maksima utk bayaran ko-insurans tersebut, cthnya had maksimum 10% ko-insurans ialah RM2,000. Maksudnya disini, jika 10% drp jumlah bil perubatan anda lebih daripada RM2,000 (katakanlah  jumlah bil RM50,000, maka 10% = RM5,000), pemegang polisi hanya perlu bayar RM2,000 sahaja. 

Nampak mudah dan sikit, tetapi, jangan tertipu...RM2,000 ini bukannya sekali seumur hidup, tetapi bagi setiap lawatan perubatan! Kalau anda melawat 10 kali, tekan kalkulator sekarang untuk mengetahui jumlahnya (RM20,000!!) =( Ramai insurans ejen yang tidak menerangkan perkara ini dgn lebih lanjut, kerana, jika terbongkar, tiada siapa yang akan berminat utk mengambil polisi tersebut. Ada pula yang lagi kurang etikanya langsung mengatakan 10% ini Bank Negara yang tetapkan, padahal TIDAK SAMA SEKALI!

Lihat ilustrasi mudah ini:
Bagi rawatan pesakit luar – KANSER.
Mengikut kadar semasa hospital swasta seluruh Malaysia, sesi kemoterapi (Utk Kanser) - satu suntikan kemoterapi berharga RM10,000. Rawatan lengkap dan intensif mengambil masa paling kurang setahun – 3 tahun:
RM10,000 x 12 rawatan utk setahun = RM120,000. Jika belum sembuh,
RM10,000 x 12 kali setahun x 3 tahun = RM360,000.

Disebabkan ada 10% ko-insurans, anda mesti bayar 10% daripada kos perubatan tersebut, jika tidak, tak bolehlah keluar hospital..Jadi anda wajib bayar:
RM10,000 x 12 rawatan utk setahun x 10% = RM12,000 anda bayar sendiri. Jika belum sembuh,
RM10,000 x 12 kali setahun x 3 tahun x 10% = RM36,000 anda bayar sendiri.

Anda ada jumlah sebanyak itu? Jika ada, sebagai pengguna yang bijak, bijakkah kita, selepas membayar premium bulanan insurans yg mungkin mahal bg sesetengah org, apabila pergi untuk mendapatkan rawatan segera, kita wajib bayar lagi dgn duit sendiri? Walaupun RM1,000 atau RM2,000 had maksima yang dikenakan, tetap duit juga...Apa akan jadi jika kita tiada wang sebanyak itu semasa rawatan? Tentunya, ramai akan gunakan duit simpanan, kad kredit, pinjam duit ah long dsb...adakah tujuan kita menyimpan dengan susah payahnya adalah utk membayar kos perubatan semata-mata? beri hadiah kepada doktor? atau utk masa depan diri dan anak2? Renung2kan... 

Jika anda berada dlm situasi no. 4 ini, risiko utk bankrap disebabkan kos perubatan juga adalah tinggi!

Justeru, apakah jalan penyelesaiannya? Ada insurans yang ada kad perubatan 100% kah? Jika ada, mahukah anda berbuat sesuatu dan ambil tindakan SEKARANG?

Jawapannya: ADA


Masalah2 diatas boleh diselesaikan dgn memohon utk membuka akaun ALLIANZ POWERLINK! Secara ringkasnya, Allianz Powerlink adalah insurans hayat komprehensif yang menggabungkan 3-dalam-1 (satu pelan yang menggabungkan semua keperluan anda yang merangkumi (Pelaburan + Simpanan + Medical Card (100% perlindungan, TIADA ko-insurans!)). Ia adalah insurans hayat yang mematuhi PRINSIP SHARIAH ISLAM (diaudit oleh Bank Negara Malaysia). Premium Allianz adalah yang terendah (serendah RM100), untuk menikmati had tahunan (sehingga RM200,000 setahun) dan sepanjang hayat yang tertinggi (sehingga RM2 JUTA), dan kad perubatan (100%, tiada ko-insurans!).

Sila lihat penerangan lanjut berkenaan Allianz Powerlink, atau hubungi saya sama ada di talian 012 291 8003, emel: hafezkmys@hotmail.com, atau chat di skype: hafez.ahmad.hamidi / gtalk: hafezkmys untuk nasihat rundingan percuma. Saya hanya perlukan maklumat2 dibawah utk tentukan kadar premium dan manfaat perlindungan:
                                                      
                                                           i.            Nama penuh anda seperti di dalam IC
                                                         ii.            Tarikh lahir
                                                        iii.            Perokok?
                                                       iv.             No. Telefon
                                                         v.            Alamat emel anda
                                                       vi.            Lokasi
                                                      vii.            Bajet
                                                    viii.            Pekerjaan
Harap info diatas bermanfaat dan dapat membantu anda keluar daripada risiko MEDICAL BANKRUPTCY. Ingat, keputusan yang bakal anda ambil sekarang boleh menyelamatkan masa hadapan anda dan anak2/keluarga daripada belenggu hutang dan kesempitan hidup. Jangan biarkan anak2/keluarga menderita akibat keengganan anda untuk mengambil tindakan seperti yang saya sarankan diatas. Tiada paksaan daripada pihak saya, anda tentukan apa yang terbaik utk diri dan anak2/keluarga anda. Ambillah tindakan sementara anda dan anak2/keluarga masih lagi sihat. 

Sila sebarkan info ini kepada ahli keluarga, rakan2, saudara mara, sahabat handai, jiran2, atau sesiapa sahaja yang anda prihatin. Jika anda sudi, saya sedia membantu anda keluar daripada kemelut ini...