Bankrap atau muflis bermaksud individu yang   secara rasmi mengaku bahawa beliau tidak mampu untuk membayar segala hutang   yang ditanggunginya. Di Malaysia jumlah minimum hutang tertangguh untuk   seseorang individu itu boleh diisytiharkan sebagai muflis adalah RM30,000.
Undang-undang kebankrapan di Malaysia adalah termaktub di bawah Akta Bankrap, 1967(Bahasa Inggeris sahaja).
Undang-undang kebankrapan di Malaysia adalah termaktub di bawah Akta Bankrap, 1967(Bahasa Inggeris sahaja).
e-Insolvency merupakan perkhidmatan yang   disediakan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. Projek    e-Insolvency ini   bertujuan untuk membantu individu-individu menyemak status kebankrapan dan   status penggulungan syarikat mereka menerusi Internet melalui portal   e-Insolvency. 
Untuk melakukan carian, individu-individu   digalakkan mendaftar dengan pihak pelaksanaan yang telah dilantik Kerajaan   seperti   myEG Services Berhad,  e-services   atau rilek.
Sumber:  http://www.malaysia.gov.my/
 

 
 
No comments:
Post a Comment